8.8.16

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM 
(DUA6022)

TAJUK :
FITNAH ADALAH SALAH SATU DOSA BESAR DAN KESALAHAN DALAM SEMUA KEPERCAYAAN. JELASKAN PANDANGAN DARI PELBAGAI KEPERCAYAAN AGAMA

NAMA PENSYARAH :


PUAN WAN RUSWANI BINTI WAN ABDULLAH
KELAS:DKM5B

AHLI KUMPULAN :
SITI ATIQAH AZMI
(02DKM16F1151)
NURSHAFFIQAH ARMILA BINTI MOHD SHARIFF
(02DKM16F1096)
NOR FATIN ATIQAH BINTI AZHAR
(02DKM16F1048)
NURUL NAJWA NASUHA BINTI AHMAD TAJURI
(02DKM16F1090)
PUTERI NUR AINUL SOFWA BINTI KAMARUL HISHAM
(02DKM16F1097)




PENGHARGAAN


         Alhamdulillah hirrabbil' alamin, kami melafazkan penuh rasa kesyukuran kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya, dapat kami siapkan e-folio ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Wan Ruswani Binti Wan Abdulah  , iaitu Pensyarah kami bagi subjek Komunikasi dan Penyiaran Islam (DUA 6022), di atas kesudian beliau memberi tunjuk ajar kepada kami berkaitan tugasan ini. Di samping itu, beliau juga banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini. Pelbagai ilmu yang kami timba sepanjang menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominanya peranan Mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini.

PENGENALAN

             Persaudaraan (ukhuwwah) merupakan asas kepada umat manusia dalam sesebuah masyarakat yang harmoni. Hati budi seseorang itu bukan bergantung kepada bangsa, warna kulit, keturunan, pangkat atau hartanya, tetapi diukur berasaskan ketinggian budi pekerti yang terpuji. Jika budi pekerti kita baik maka orang lain akan pandang kita tinggi, dan jika sifat kita sebaliknya iaitu buruk, maka pandangan masyarakat terhadap sesuatu masayarakt akan dipandang hina.

             Pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W, Baginda telah membentuk satu masyarakat yang bersatu padu dan harmoni antara masyarakat Islam dan bukan Islam. Baginda telah memainkan peranan penting dalam mengimbangi hubungan bersepadu antara masyarakat Islam dengan kaum Yahudi dan Nasrani. Kepentingan konsep persaudaraan perlu ditekankan kepada umat manusia dalam mengimbangi tuntutan hablu min al-Allah (hubungan dengan Allah) dan hablu minannas (hubungan sesama manusia). 

               Secara umumnya, masyarakat di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, peringkat usia, taraf kedudukan, pangkat dan kebolehan ilmu pengetahuan. Bagi menjaga keharmonian masyarakat, setiap anggota dalam masyarakat perlu memahami konsep dan peraturan hidup masyarakat supaya tidak ada perbalahan dalam sesuau masyarakat. Ilmu sangat penting dalam diri manusia, kerana Allah jadikan kita ada akal untuk berfikir yang mana yang baik dan buruk.

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk :-
1.Menjelaskan pengertian tentang fitnah dari segi istilah.
Mengenal pasti perbezaan pandangan setiap kaum terhadap fitnah
3. Mengetahui kesan buruk berlakunya fitnah dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat 
4.Memberi cadangan bagi mengurangkan fitnah berleluasa di dalam masyarakat

MAKSUD FITNAH DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH


             Fitnah dalam bahasa arab bermaksud ujian dan cabaran, Imam Ibnu Hajar berkata asal makna kepada fitnah ialah ujian. Manakala, Ibnu Manzur Al-Azhari dan yang lain berkata "asal makna fitnah adalah ujian dan dugaan."
  
            Fitnah dari segi istilah adalah "perkara yang dilakukan untuk mengetahui kebaikan atau keburukan sesuatu."Fitnah merupakan satu bentuk komunikasi yang dilakukan secara percakapan atau penulisan yang bertujuan untuk memberikan kesan negatif atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain, ia berdasarkan atas fakta palsu atau tidak sahih yang dipengaruhi oleh sifat buruk sangka, obses atau menjatuhkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak.

          Terdapat banyak medium yang digunakan bagi menabur khabar palsu ataupun fitnah kepada sesuatu pihak. Ia boleh dilakukan secara pertuturan atau berbisik antara seseorang dengan seseorang yang lain. Menggunakan media sosial yang mempunyai ramai pengikut seperti facebook, twitter, instagram dan whatsapp antara punca fitnah disebar dengan begitu pantas. Fitnah juga boleh dikembangkan antara satu pihak bertelagah dengan pihak lain dengan hanya menjadikan habuan atau keistimewaan sebagai janji atau upah kepada pihak yang terlibat aktiviti berfitnah. 

          Dalam agama Islam mahupun kepercayaan agama lain, fitnah dianggap perbuatan yang berdosa yang boleh membawa kepada kemungkaran dan kerosakan yang nyata apabila dibiarkan tanpa dilindungi dan dikawal dari terus terjadi. 

PANDANGAN AGAMA ISLAM TERHADAP FITNAH



           Maksud fitnah adalah dugaan dan ujian. Allah ada berfirman dalam kitab-Nya: "Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah"    (surah Al-Baqarah: ayat 193)  bermaksud :iaitu perangilah mereka sehingga tidak ada lagi syirik dan kekufuran. Dalam ayat lain Allah berfirman:  " dan Kalau (Yathrib) diserang dari segala penjuru dan mereka diminta agar membuat kekacaun, nescaya mereka mengerjakan ; dan hanya sebentar sahaja mereka menunggu." (surah Al-Ahzab: ayat 14)

             Di dalam Al-Quran, Allah berfirman bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6) Allah S.W.T menegaskan bahawa wajib kepada kita mengenali terlebih dahulu sikap si pembawa berita. Jika orang yang membawa berita itu sudah dikenali dengan perangai buruknya maka harus kita tolak berita yang dibawanya.

             Namun istilah fitnah lebih banyak diucapkan apabila seseorang manusia mengalami sesuatu bala atau dugaan didalam hidup mereka .Kebanyakan mereka terpedaya dalam jalan kesesatan daripada mengikut jalan yang lurus. Maknanya apabila fitnah tersebut telah menimpa seseorang, ia akan terpedaya dalam kesesatan serta menyimpang dari kebenaran dan petunjuk. Oleh itu kita mestilah bersabar dalam menghadapi apa ujian yang mendatang kerana ujian yang ALLAH turunkan kepada umatnya kerana kita dapat menghadapi dengan baik mengikut kemampuan seseorang. Fitnah adalah disebabkan perasaan hasad dengki yang ada di dalam hati. Dengki melihat orang sekeliling mempunyai kelebihan yang ada dalam kehidupan iaitu berjaya dalam kehidupan, mempunyai harta yang banyak, disukai ramai orang dan lain-lain lagi. Oleh itu, penyakit hati ini perlu dirawat dengan sebaiknya.

            Kesan fitnah dalam diri masayarakat akan menjadi buruk jika fitnah yang ditaburkan tanpa selidik dahulu akan menyebabkan negara menjadi sungguh dahsyat, bukan saja nama orang yang difitnah itu mendapat aib, tetapi juga boleh menyebabkan terjatuhnya sesebuah negara, akibat daripada fitnah. 

            Sebagai manusia biasa sudah tentu kita mempunyai banyak kelemahan dan kesalahan, oleh itu lebih baik kita memperbaiki diri kita, sambil mohon keampunan atas segala dosa yang telah dilakukan oleh kita. Masih belum terlambat lagi untuk melakukan perubahan dan memohonlah petujuk  dari Allah S.W.T. Tinggalkan sifat suka mencari kesalahan orang lain, kerana manusia mempunyai kekurangan tersendiri, semua manusia tidak sempurna kecuali Allah. Kita perlulah buang yang keruh dan ambillah yang jernih, untuk kebahagian dan keselamatan kita dan keturunan kita dikemudian hari. 

PANDANGAN AGAMA KRISTEN TERHADAP FITNAH





           Dalam pandangan agama kristen fitnah merupakan penyakit hati yang mengikut hawa nafsu, pujukan syaitan, tidak percaya kepada diri, iri hati dengan orang lain dan tidak mensyukuri nikmat daripada pencipta. Rasul Yakobus berkata: “Dari manakah datangnya persengketaan dan pertengkaran di antara kamu? Bukankah datangnya dari hawa nafsumu yang saling berjuang di dalam tubuhmu?” (Yak 4:1). Rasul Paulus dalam surat Galatia mengatakan ia tergolong di dalam kitab sebagai: ”perbuatan daging” antara lain perselisihan masyarakat, iri hati dan  kepentingan diri sendiri, (bdk.Galatia 5 : 20). Ini adalah penyakit manusia sejak dari zaman Adam (band. Perisistiwa Kain dan Habel) yang perlu diambil berat.

          Akibat daripada fitnah itu sangat bahaya dan merugikan dalam sesuatu masyarakat ia dapat memutuskan tali silaturahim, merugikan orang lain dan diri sendiri, perpecahan masyarakat. Dalam kitab (Yak 4:11-12) mengatakan mempunyai maksud yang berbeza. Melalui ayat 11a: “memfitnah saudaranya sendiri atau menghakiminya”. Melalui ayat ini kita dapat mentafsirkan bahawa janganlah kita menghakimi sesuatu tanpa bukti yang nyata. Dalam ayat 11b : perbuatan itu dianggap sebagai “mencela hukum dan menghakiminya”. Yang dimaksud dengan memfitnah di sini adalah: mencela orang (baik di depan ataupun di belakang ) kerana ia tidak sesuai dengan prinsip hidup kita.

          Melalui dua ayat tersebut, kita dapat melihat bahawa dari maksudnya ia berkaitan dengan hal “memfitnah” dan “menghakimi”. Perkataan “memfitnah” muncul 3 kali, dan kata “menghakimi” muncul sebanyak 4 kali dan kata “hakim” muncul 2 kali. Kita seharusnya tidak menghakimi dan menfitnah. Kata “fitnah” dapat diertikan sebagai berkata hal yang tidak baik tentang seseorang tanpa pengetahuan orang tersebut. Berita yang disampaikan akan menjadi betul, ataupun salah.
       
          Yesus tidak suka dengan perbuatan menghakimi. Didalam kitab Injil (Mat 7:1-5) dengan teliti (terutama ayat 5), Yesus memperingatkan kita bahawa menghakimi orang lain adalah dosa besar di mata Allah dan kita tidak boleh menghakimi orang lain secara sendiri. Dalam ayat 5: oleh Yakubus  mengatakan Yesus menyuruh kita untuk membuang dahulu kesakitan yang ada di mata kita sebelum  membuang selumbar di mata orang lain .

PANDANGAN AGAMA HINDU TERHADAP FITNAH




Maksud hukum dalam agama hindu adalah ketentuan atau peraturan-peraturan yang harus diatasi oleh manusia, serta memberikan hukuman kepada seseorang yang melanggarnya baik itu berupa hukuman denda, disebut oleh orang dursila (penghianatan) . Karma berasal dari bahasa Sanskrit dari urat kata “Kr” yang bermaksud membuat atau berbuat, maka dapat diertikan karmapala bermaksud  perbuatan atau tingkah laku.

Phala yang bermaksud buah atau hasil. Maka dapat disimpulkan Hukum Karma Phala bermaksud suatu peraturan atau hukuman dalam suatu perbuatan. Salah satu dari Panca Srada ( Enam Kepercayaan Agama Hindu) di antaranya adalah hukum karma phala dimana hukum karma phala ini merupakan etika yang bermaksud bahawa umat agama Hindu percaya akan hasil dalam suatu perbuatan. Dalam Sarasamuscaya seloka 17 disebutkan :“Segala orang (baik golongan rendah, sederhana, atau tinggi) selama dia bekerja akan mendapat kesenangan dalam hatinya, nescaya tercapailah segala apa yang diusahakan dan akan memperolehinya.



           Dalam Kekawin Ramayana Sargah 1 bait nombor 4 : “Nafsu (Sad Ripu) adalah musuh yang terdekat, ia terletak di dalam hati dan berada di dalam badan. Nafsu tidak ada dalam diri beliau hanya keberanian, kebijaksanaan dan pengetahuan politik”. Ramayana Sargah berkata “Apa yang kamu tanam maka itulah yang akan kamu tuai”, Hukum Karma diambil daripada  buah pemikiran, bercakap perkataan yang tidak baik menyebabkan orang yang tidak bersalah menghadapi derita.

PANDANGAN AGAMA BUDDHA TERHADAP FITNAH


Fitnah merupakan Dasa akusala kammapatha yang akan menimbulkan akibat yang berat apabila sering dilakukan secara berulang-ulang. Pekat tidaknya kekotoran batin yang muncul dan kuat tidaknya usaha yang ditempuh juga mempengaruhi akibat dari omong kosong (Sanjiva Putta,1990:31). Ucapan seharusnya tidak dikuasai dengan pikiran-pikiran yang jahat seperti ketamakan, kemarahan, kecemburuan, kesombongan, atau egoisme. Ucapan yang dapat menghambat ketenangan dan pemikiran benar, silat lidah membawa pada semua jenis pembicaraan yang salah.

Buddha mengatakan: “Para bhikkhu terdapat lima kerugian dan bahaya dalam ucapan salah: pembicaraan yang silat lidah, mengeluarkan kata dusta, fitnah, berbicara kasar, dan omong kosong, setelah meninggal dunia akan dilahirkan kembali di alam kehidupan yang” menyedihkan (A.III.254).



Konsep Samphappalapa

Samphappalapa merupakan dasa akusala kammapata, bercakap kosong termasuk perbuatan jahat yang dilakukan oleh ucapan, termasuk dusta, pergunjingan, berbicara kasar, dan bercakap kosong (Dhammananda, 2004:230).Samphappalapa iaitu meningggalkan ucapan yang berniat jahat, menahan diri dari ucapan yang berniat jahat mendengar dan diceritakan di tempat lain dengan tujuan menimbulkan perpecahan atau mendengar di tempat lain tidak diceritakan disini untuk tujuan menimbulkan perpecahan. Dengan meninggalkan ucapan yang tidak bermanfaat, menjadi manusia yang menceritakan yang masuk akal dan sesuai dengan kenyataan, baik, Dhamma, vinaya, dan berbicara pada saat yang tepat, pembicaraan yang pantas dicatat, beralasan, pasti, dan berkaitan dengan kebajikan (M.I.8; D.I.64 ).

Individu berbicara sebagaimana bertindak, “Janganlah berbicara bila tidak mempraktekkannya, orang bijaksana akan dapat dilihat dengan jelas. Mereka mempraktikkannya dengan apa yang diucapkannya” (S.I.35).Bercakap kosong iaitu membicarakan ucapan yang tidak pada masanya, tidak beralasan, dan tidak bermanfaat yang tidak ada hubungannya dengan dhamma dan vinaya yaitu pembicaraan yang tidak berharga untuk disimpan, tidak menguntungkan, tidak dianjurkan, tidak terkendali dan mencelakakan (Pontoh, 2006:44).

 Mendengar sesuatu tidak akan  menyampaikan di tempat lain untuk menimbulkan perpecahan, atau setelah mendengar sesuatu di tempat lain,  tidak akan menyampaikannya di sini  untuk menimbulkan  perpecahan. Kerukunan merupakan kesenangan, kegembiraan dan kebahagiaannya. Kerukunan adalah tujuan pembicaraannya didengar, menyenangkan, menarik hati, sopan santun dan damai kepada manusia. Individu yang berbicara pada saat yang tepat, sesuai dengan kenyataan, tentang kebajikan, tentang Dhamma dan Vinaya. Ia mengucapkan kata-kata yang bernilai (M.I.345).Individu harus mengembangkan sikap diri terhadap semua yang diucapkan, sehingga akan mampu membezakan cara panyampaian yang mengganggu individu lain dan yang membuat gembira. Dengan mawas diri, individu akan mampu menentukan nilai semua pemikiran, kata-kata, dan perbuatan. Fikiran yang terkendali bererti kata-kata terkendali dan perbuatan terkendali, sehingga menjadi individu yang luhur dan damai (Dhammananda, 1993:194).

Perkataan salah atau perkataan tidak bermanfaat iaitu perkataan atau ucapan yang menyakitkan serta menyebabkan perpecahan dan perselisihan. Menghindari pembicaraan yang tidak bermanfaat ertinya segala pembicaraan diucapkan haruslah dipikir terlebih dahulu dan tidak melakukan pembicaraan yang tidak berguna. Samphappalapa veramni sikkhapadam sammadiyamiini mengajarkan agar individu dapat bersikap dewasa dan penuh perhatian (Tim penyusun, 2003:97).Fikiran merupakan dasar dari segala perbuatan manusia. Fikiran baik akan membentuk perbuatan baik. Fikiran buruk membentuk emosi-emosi negatif seperti iri hati, kedengkian, iri hati, kemarahan dan dendam. Penderitaan manusia merupakan akibat dari perbuatan buruk yang dilakkukan melalui pikiran, ucapan, dan badan jasmani. Kemarahan, kesombongan, kekeraskepalaan, penipuan, kedengkian, suka bercakap besar, egoisme yang berlebihan, bergaul yang tidak bermoral, adalah bau busuk bukan kerana makan daging.

Fikiran merupakan kekuatan yang membentuk perilkau manusia. Fikiran baik akan membuahkan kebahagiaan, fikiran yang tidak baik akan membuahkan penderitaan. sifat mementingkan diri sendiri merupakan hasil daripada kekuatan fikiran yang tidak baik dan membawa penderitaan. Fikiran jahat dapat diatasi dengan kuasa positif iaitu mengembangkan fikiran luhur. Cinta kasih dan belas kasih merupakan penghapusan kebencian. Melalui pembangunan kasih sayang, belas kasih dan niat baik membuat fikiran jahat dapat diatasi. Fikiran yang diliputi cinta kasih, kasih sayang, simpati, dan keseimbangan batin akan membuahkan kebahagiaan. Kekayaan sami-sami adalah fikiran yang penuh cinta kasih (metta), kasih sayang (karuna), simpati (mudita), dan keseimbangan batin (upekkha)

Fikiran yang muncul tanpa didasari pangertian benar mengekibatkan berbagai macam masalah dan menghasilkan arah hidup yang rendah. Selama manusia belum memutuskan keinginan-keinginan, maka akan diliputi oleh keadaan batin yang yabg negatif keinginan-keinginan yang tidak pernah berpuas hati, sehingga menimbulkan penderitaan. Fikiran yang tidak baik adalah fikiran yang diliputi akar ketamakan, kebencian dan kebodohan batin serta fikiran yang senantiasa diliputi keinginan untuk membunuh, mencuri, berpandangan salah dalam kesenangan indera, ucapan tidak benr, ucapan dengki, gosip, irihati, niat jahat, dan pandangan salah. Fikiran jahat harus dikawal supaya dapat menekan perbuatan buruk. Mengendalikan fikiran adalah mengerahkan fikiran yang tertumpu pada kebenaran melalui usaha benar, penuh pengertian dan mengekang serta menekan fikiran jahat. Usaha benar adalah mencegah dan melepaskan diri dari fikiran buruk, seperti nafsu keinginan, keengganan, kebodohan, jahat, kejam dan irihati.

  Fikiran yang tak terkawal menjadi masalah manusia dan akan memperbudak manusia.Fikiran sangat cepat berubah memikirkan sesuatu tetapi begitu cepat pula barganti memikirkan sesuatu. Fikiran sangat sukar dikawal, bergerak sangat cepat menuju ke mana ia mahu pergi, melatih fikiran adalah baik, fikiran yang terkandali akan membawa kebahagiaan.Fikiran sangat cepat berubah-ubah sehingga sangat sukar dikawal. Namun bagaimana sukarnya, sebagai umat buddha selalu berusaha agar dapat mengendalikan fikiran.Mengendalikan fikiran adalah penting, kerana fikiran diibaratkan sebagai majikan, sebagai pemimpin. Setiap gerak dari jasmani, ucapan atau keadaan batin yang bermula adalah merupakan manifestasi dari fikiran.

            Fikiran yang diibaratkan sebagai pemimpin yang sudah dimasuki oleh fikiran jahat, maka ucapan dan perbuatan jasmani sebagai anak buahnya juga akan bertindak jahat seperti yang diperintahkan oleh fikiran. Hasilnya adalah penderitaan, tetapi sebaliknya apabila piikiran baik seseorang berkata atau berbuat dengan jasmani, maka kebahagiaanlah yang akan diraihnya.Mengendalikan fikiran sama halnya dengan memberi perhatian kepada fikiran agar tidak dilekati oleh noda-noda yang akan melekat, serta berusaha mengikis noda-noda yang telah terlanjur melekat agar fikiran menjadi bersih.

CADANGAN UNTUK MENGELAKKAN BERLAKUNYA PENYEBARAN FINAH DALAM KALANGAN MASYARAKAT

                 Antara cadangan untuk mengelakkan berlakunya penyebaran finah dalam kalangan masyarakat ialah menghadiri majlis-majlis ilmu. Terdapat banyak majlis ilmu yang boleh dihadiri ketika di waktu lapang, majlis-majlis ilmu yang bermanfaat dalam kehidupan seharian. Kita juga dapat mempelajari ilmu yang baharu seperti akidah, hukum, dan lain-lain. Keduanya ialah rajin bertanya jika terdapat keraguan atau salah faham mengenai ilmu yang dipelajari. Terdapat ramai ustaz dan para ulama yang boleh dihubungi melalui alat komunikasi (telefon, media sosial) atau bersua muka. Ketiga, membaca buku yang bermanfat kepada diri dan tidak mensiakan masa yang ada dengan membuat benda yang tidak berfaedah. Zaman yang canggih kini,Kita dapat memiliki buku-buku tersebut dan dapat membaca melalui pembelian di kedai buku atau di perpustakaan.

                                                                  KESAN FITNAH

                 Kesan fitnah kepada  keluarga. Fitnah terhadap ahli keluarga biasanya berlaku sesama saudara-mara. Sikap fitnah ini boleh mengundang kepada pergolakan di dalam rumah tangga dan kerenggangan hubungan kekeluargaan. Ia akan menghancurkan institusi kekeluargaan itu secara langsung. Ini akan menyebabkan keluarga sukar memahami antara satu sama lain, hubungan antara keluarga tidak tenteram, dendam, tidak mesra, selalu bergaduh, berlaku kekasaran, pukul-memukul, bercerai antara suami isteri, kehilangan anak dan lain-lain.
                  Dari segi masyarakat Ia boleh berlaku di dalam bangsa dan agama. Perselisihan faham dan salah tanggapan boleh meruntuhkan institusi masyarakat. Sikap Ini adalah sikap yang tidak baik di dalam hubungan kemasyarakatan, ia perlu diatasi supaya masalah ini tidak berleluasa secara drastik. Masyarakat menjadi tidak bermuafakat, tidak bekerjasama dalam aktiviti kejiranan, sukarelawan, perbalahan antara komuniti, saling memburukkan antara pelbagai pihak, wujudnya jurang sosial yang luas, pergaduhan, kecurian, rompakan, pembakaran kawasan penduduk, persekitaran yang tidak tenteram, porak-peranda dan lain-lain.
              Pertelingkahan selalunya disebabkan mempunyai unsur-unsur fitnah, salah faham dan tuduh-menuduh tanpa usul periksa. Kesannya, hubungan perkauman menjadi huru-hara serta boleh berlaku peperangan bunuh membunuh sehingga menumpah darah. 

                                                        SUMBER RUJUKAN


  • https://aslibumiayu.net/4684-lebih-200-dalil-dari-kitab-wedha-kitab-suci-umat-hindu-tentang-selamatandll.html
  •  dibgirls14.blospot.my/2016/08/pandangan-pelbagai-agama-mengenai-fitnah.html
  •  blog-fitnah.blogspot.my/2016/08/komunikasi-dan-penyiaran-islam.html
  •  Mysyawatizukri.blogspot.com
  •  Hakakblogger.blogspot.com
  • Adibriza.com
  • Fitnah.wikipedia
  •   www.ikhsan.net
  • https://muslim.or.id/626-agama-islam.html
  • https://jc-kok.blogspot.my/2013/08/hadapi-fitnah-dengan-kasih-mazmur-109.html
  • http://www.ceramahdhamma.com/contents/anggota-sangha/bagaimana-bersikap-terhadap-kritik-hinaan-fitnah
  • http://renungan-harian-wungkim.blogspot.my/2011/09/fitnah.html

                                                                          LAMPIRAN        
            
                                                    

                                       













KESIMPULANNYA

Kesimpulannya, fitnah tidak seharusnya dipandang ringan oleh umat Islam, jika masalah ini masa berleluasa dalam masyarakat ia akan memberi kesan yang buruk pada masa hadapan. Terdapat banyak usaha yang telah dijalankan oleh musuh-musuh Islam (kafir) untuk memberi kesesatan di dalam kalangan umat Islam. Paling menyedihkan ialah segelintir umat Islam yang merelakan diri mereka sendiri untuk diperalatkan sama ada secara sedar ataupun tidak oleh manusia yang mempunyai niat tidak baik terhadap agama Islam. Golongan ini telah melancarkan kempen melalui internet dan media massa bagi mewujudkan Islam versi baru yang kononnya bersifat maju, progresif dan moden, sedangkan ia hanyalah Islam yang menurut hawa nafsu golongan yang telah dirasuk syaitan.

Kemunduran umat Islam hari ini tidak ada kaitan dengan agama Islam. Umat Islam yang terdahulu telah maju dan mereka maju kerana mengikuti apa yang telah menjadikan umat sebelum mereka maju
(yakni Al-Quran dan As-Sunnah melalui pentafsiran yang sahih). Amat menyedihkan umat hari ini yang mengaku dirinya moden dan maju, sedangkan ia membelakangkan apa yang telah menjadikan majunya umat terdahulu (yakni Al-Quran dan As-Sunnah melalui pentafsiran yang sahih). Imam Malik pernah berkata, “Tidak akan menjadi baiknya suatu kaum melainkan dengan apa yang menjadi baiknya umat terdahulu”.